jom tengok kartun

Loading...

Isnin, 12 November 2012

PENDAPAT IMAM AL - GHAZALI DALAM MENDIDIK ANAK


Menurut Imam Al - Ghazali, beliau memberi istilah Riadhatus Sibyan dalam soal mendidik anak -anak iaitu pentingnya memberi pendidikan kepada anak - anak agar mereka membesar sebagai seorang muslim yang memahami tugas dan tanggungjawab terhadap dirinya, keluarga, masyarakat, negara dan agama.Antara perkara -perkara yang dititikberatkan berdasarkan pendapat beliau ialah:

1.Mendidik mereka supaya beradab dan berbakti terhadap ibu bapanya,guru, dan orang yang lebih dewasa daripadanya.


2.Wajib mendidik mereka melakukan ibadah terutamanya solat dan puasa..Latihlah mereka supaya menampilkan akhlak yang terpuji serta mencegahya dari bergaul dengan rakan -rakan yang buruk budi pekertinya.

3.Hindarkan mereka dari pengaruh kehidupan mewah dan bersenang lenang kerana dikhuatiri mereka tidak biasa dengan ujian hidup pada masa akan datang.Latihlah mereka dengan gaya hidup sederhana dengan bersyukur terhadap nikmat Allah walaupun sedikit.

4.Jika anak -anak sudah boleh membezakan mana yang baik dan buruk,maka bantulah mereka membina akhlak yang mulia.

5.Jika wujudnya sifat rakus dalam diri mereka seperti waktu makan, maka didiklah mereka supaya beradab ketika makan terutamanya membaca bismillah sebelum makan,paksa mereka menggunakan tangan kanan, mengambil lauk yang berhampiran terlebih dahulu, menunggu ahli keluarga yang lain untuk makan bersama -sama, makan dengan tenang agar tidak mengotorkan pakaian.Laranglah mereka dari makan terlalu banyak dan berilah pujian jika mereka makan secara sederhana.


6.Elakan mereka dari kerap berkawan dengan orang yang biasa hidup dengan kemewahan.

7.Biasakan mereka memakai pakaian yang menutup aurat dan agak longgar.Kalau boleh biasakan anak lelaki memakai pakaian warna putih.

8.Segeralah memuji jika melihat anak -anak melakukan perkara terpuji.Tetapi sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak baik buat pertama kali, usahlah disingkap dan disoal jawab serta berpura -pura melupakannya.Sekiranya ia mengulangi perbuatannya, tegurlah dengan penuh hikmah sehingga mereka menunjukan penyesalan.

9.Jangan biasakan mereka tidur di siang hari kerana tabiat ini akan menjadikan ia malas.Biasakan mereka tidur di tempat yang tidak empuk agar mereka terbiasa dengan gaya hidup sederhana.

10.Latih mereka supaya memperbanyakan pergerakan badan supaya mereka cergas dan sihat.

11.Jangan biarkan mereka berjalan dengan keadaan sombong sebaliknya latihlah mereka berjalan dengan sifat rendah diri tetapi jagan sampai dipandang rendah oleh orang lain.

12.Latihlah mereka supaya tidak banyak membuat kritikan, mengutuk dan mencaci sesaorang.

13.Latih mereka supaya bersifat sabar jika didenda guru kerana sifat sabar adalah lambang keberanian dan jangan suka mengadu dan berteriak seperti lagak seorang pondan.


14.Izinkan mereka bermain dan beriadah sebaik pulang dari rumah, selepas persekolahan asalkan mereka menjaga adab -adab islam agar mereka dapat merehatkan minda dan tubuh badan.Larangan daripada bermain akan menyebabkan mereka bosan terhadap pelajaran dan membantutkan kecergasan.

15. Berilah peringatan kepada anak -anak supaya mereka takut untuk melakukan perbuatan mencuri, makan makanan yang haram.melakukan khianat,berdusta dan sebagainya sekiranya kita melihat mereka ada kecenderungan melakukan perkara - perkara tersebut.





Ahad, 28 Oktober 2012

MENGAPA KANAK - KANAK PERLU BERMAIN?


   Ramai ibu bapa pada hari ini kurang memahami sifat semulajadi dan perkembangan kanak -kanak sehingga mereka menganggap bermain itu sesuatu yang sia -sia dan membuang masa. Sebenarnya sifat semula jadi kanak - kanak memang suka bermain. pada peringkat ini, mereka suka meneroka, ingin tahu dan  masih berada di alam fantasi. Sebagai guru dan ibu bapa, kita perlu mengetahui sifat kanak -kanak pada peringkat umur prasekolah ini. Antaranya ialah:

1. Suka bertanya                                         6. Suka memerhati

2. Suka mencuba                                         7. Suka berimaginasi

3. Suka meniru                                            8. Suka menunjuk - nunjuk

4.Suka pada ulangan                                    9.Suka meneroka

5. Suka bermain



APA MAKSUD BERMAIN?

     Bermain adalah proses semulajadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak -kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak -kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak - kanak yang sedang membesar, bermain adalah suatu keperluan. Melalui bermain, kanak -kanak dapat berlajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

APA KANAK -KANAK DAPAT MELALUI BERMAIN?

1.Membantu kanak -kanak memahami aktiviti di persekitaran mereka. Kanak -kanak berlajar melalui penlibatan secara terus dan pengalaman langsung.

2.Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut peraturan, insiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.

3.Meningkatkan keyakinan diri.

4.Meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

5.Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk, warna,berat, tekstur dan jenis.

6.Sebagai salah satu kanak -kanak meluahkan perasaan gembira, marah dan geram.

7. Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam bermain.

8.Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan mencuba pelbagai kaedah penyelesaian.

9.Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi

10.Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak -kanak.


   
SUMBANGAN BERMAIN KEPADA PEMBELAJARAN KANAK -KANAK.


PERKEMBANGAN KOGNITIF.
1.Membantu perkembangan intelek seperti memahami konsep pramatematik
2.Berlajar tip peraturan permaninan
3.Berlajar memerhati dan menjalankan eksperimen

PERKEMBANGAN DAYA KREATIF.
1.Memberi peluang kanak -kanak merekacipta tanpa had
PERKEMBANGAN FIZIKAL.
1.Menggalakan kanak -kanak bersenam dan membina otot
2.Saluran mengelurakan tenaga yang berlebihan yang mana jika disimpan akan menyebabkan kanak -kanak tegang,gementar meragam dan terlalu aktif.
3.Meningkatkan kemahiran kordinasi badan,menggalakan kematangan motor halus dan kasar serta mempelajari konsep ruang.


PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI.
1.Membantu kanak -kanak membina ayat yang kompleks.
2.Menambah kosa kata
3.Berlajar memberi dan menerima arahan
4.Berlajar mematuhi peraturan


PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI.
1.Berlajar membina hubungan sosial dengan orang lain
2.Berlajar menyelesaikan masalah yang berlaku semasa bermain
3.Berlajar menjadi pemimpin dan pengikut
4.Berlajar bekerjasama dan bertolak ansur.


PERKEMBANGAN MORAL.
1.Berlajar menegtahui perkara yang benar dan salah, baik dan buruk melalui peneguhan semasa bermain bersama rakan -rakan.